Nabi Yusuf dipenjarakan bukan kerana mencuri atau membunuh tetaoi kerana desakan isteri pembesar Mesir (pada zaman nabi) iaitu Zulaikha...Zulaikha mahu Nabi Yusuf dipenjara kerana ingin menutup malunya kerana telah cuba menggoda Nabi Yusuf...
Setelah itu, tinggallah Nabi Yusuf dalam penjara..Kehidupan baginda tenang dan damai..Di sini,
hidup baginda tidak lagi di ganggu oleh wanita-wanita yang selalu menggoda dan mendorongnya untuk melakukan kejahatan..
Tempoh hukuman penjara yang dikenakan ke atas baginda tidak ada siapa pun yang tahu..Semua itu ditentukan oleh pihak berkuasa negeri semata-mata..Bagi baginda, hidup dalam penjara yang gelap dan sempit, lebih baik kerana jiwanya tidak tertekan dan tidak terhindar daripada segala godaan serta tipu daya yang akan menjerumuskannya ke lembah kemaksiatan..
Semasa dalam penjara, baginda dpat mnyampaikan dakwah, memberi bimbingan dan nasihat kepada penghuni-penghuni lain agar mereka insaf serta tidak lagi melakukan dosa..Harapan baginda hanya satu iaitu orang yang telah melakukan dosa akan kembali ke pangkal jalandan bertaubat dgn sesungguh hati...Bagi mereka yang dimasukkan ke dalam penjara kerana kesilapan pemerintah, dinasihatkan agar bersabar dan bertawakal kepada Allah supaya kesengsaraan mereka dapat di akhiri dengan cepat..
Pada hari yang sama Nabi Yusuf dimasukkan ke penjara,terdapat dua orang pegawai istana yang masuk bersama-sama dengannya..Mereka telah berkenalan dengan Nabi Yusuf. Akhirnya mereka menjadi sahabat yang yang akrab dalam penjara..Kedua -dua mereka terlalu sayang kepada Nabi Yusuf..Lagipun baginda adalah seorang yang baik hati..
Pada suatu hari, dua sahabat ini telah berkata pada baginda,"Wahai Yusuf, sesungguhnya kami amat kasih dan sayang kepada engkau." Nabi Yusuf pun menjawab,"Moga Allah memberi berkat kepada kamu berdua..Lagipun dahulu orang yang menyayangiku akan selalu mendatangkan kecelakaan kepadaku..
Dahulu saudara perempuanku amat menyangiku, kemudian dia membawa padah kepadaku..Ayahku juga amat sayang kepda ku sehingga mngundang prsaan cmburu saudara-saudaraku yang lain," jelas Nabi Yusuf...Kata baginda lagi, mereka telah mncampakkn aku kedalam telaga..Kemudian aku dicintai pula oleh isteri pembesar maka beginilah jadi nasibku..
Sesungguhnya aku bimbang sekiranya ada orang yang mencintai dan manyayangi diriku".
Walaubagaimanapun baginda berkata begitu..dua sahabat itu tetap mengasih baginda dan berkata, "Meskipun demikian katamu, demi Allah kami tidak sanggup membebaskan diri daripada menyayangi engkau"..
Selepas itu mereka pun meneruskan persahabatan mereka seperti biasa selama mana mereka masih tinggal dalam penjara itu...
PENGAJARAN:
- Setiap daripada kita perlu menghargai hubungan persahabatan dengan kawan yang betul2 baik dan bertimbang rasa
- Sebagai seorang ketua, perlulah membuat keputusan dengan adil dan saksama..
- Sesungguhnya setiap orang perlu mempercayai kewujudan Allah SWT...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan