Ahad, 27 Disember 2009

Resah


Lahirnya insan sepertiku
penuh resah di hati
membawa seribu harapan
demi satu tujuan
dan demi satu haluan
sebagai seorang pejuang
di medan ilmu..

Kudrat Ilahi
kutabahkan hati
ku cekal menghadapi
membawa diri
merempuh onak dan duri
dengan penuh kesabaran

Hidup dalam keresahan
bagaikan..
berakar dan serabut
berdaun selari
dan berbuahkan jantung
bila ditiup angin kencang
akan pasti tumbang
menghempap bumi..

Namun demi satu impian
demi satu tujuan
dan demi satu halauan
resah di hati
ku lontar jauh ke lautan

Akhirnya....
sedikit demi sedikit
kubangun dan
ku bina sebuah sebuah kubu
yang teguh, kukuh,
sebagai benteng keresahan
di tengah - tengah lautan
ilmu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan