Ibuku sayang insan budiman,
Ramah mesra murah senyuman
Pengorbanan ibu tak dapat disangkal
Segala nasihatnya jadi bekal
Anak ibarat kain putih
Diasuh diajar dididik dilatih
Semasa anak dalam kandungan
Azab melahirkan jadi kenangan
Ibu mendidik tulus ikhlas
Tidak terdetik minta dibalas
Bersopan santun berbudi bahasa
Ibuku sayang berbakti berjasa
Tanggungjawab ibu amat berat
Kasihani ibu kadangkala tak larat
Syurga di telapak kaki ibu
Ingatlah anak sematkan di kalbu
Doa ibu dipohon restu dipinta
Didunia di akhirat bahagia bertakhta
Kasih ibu membawa ke syurga
Rela berkorban demi keluarga..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan