Selasa, 8 Jun 2010

Wahai wanita,

Dirimu ditangisi oleh Nabi setiap mlam,

Sehingga basah baju Akhiril Anbiya’,

Wahai pemimpin seluruh alam,

Kenapa begitu ditangisi akan wanita?

Ditanya Aisyah kasih dan cinta,

Jawabnya kerna,

Mereka penuh mengisi ruang seksaan,

Api neraka yang mengazabkan.



Kamu itu fitnah dunia,

Apa yang terjadi dipandang seluruhnya,

Diseksa dan direndahkan darjatmu,

Oleh golongan Adam kafir Quraisy.



Datanglah nabi penyuluh kegelapan,

Membela si hawa yang terseksa,

Dengan Islam yang mulia.



Wahai golongan yang mudah tertipu

Akan syaitan musuhmu yang nyata,

Sejak diciptanya Adam yang mulia,

Akan segala isi dunia sementara.



Bersihkan hatimu, bersihkan jiwamu,

Tutuplah auratmu, rendahkan suaramu,

Jagalah pergaulanmu, jagalah lidahmu,

Kerna sekiranya kamu lalai,

Maka murkalah Khaliq dan gelap mata Adam.



Tutuplah seluruh badanmu termasuk kakimu,

Kecuali wajahmu dan telapak tanganmu,

Kerna ini kebanyakan darimu lupa akannya,

Akhirnya terseksa walau sebesar zarah.



Ayuh,

Wanita yang dikasihi manusia agung,

Kembalilah memburu redha Allah,

Jadilah seperti Rabiyatul Adawiyah,

Kerna alimmu lebih 1000 orang lelaki jahil.



Ingatlah,

Nanti dirimu memenuhi ruang neraka,

Dengan kasihan Khaliq Yang Maha Kasih,

Maka jadilah wanita yang berjaya,

Yang sedar akan ancaman ini.



Wahai wanita,

Sedarlah dan jagalah dirimu,

Supaya jauh dari api yang bernyala,

Agar dapat dirimu menjadi,
PERMAISURI KEPADA SEGALA BIDADARI…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan