Khamis, 22 April 2010

Seloka Tutup Aurat


Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib ditekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Allah.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skarf,
Tudung mini pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah make up.

Sekurang - kurangnya berbaju kurung,
Lebih molek jubah mengurung,
Kaki pun mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bersarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani mengurat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal serta ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Pemakainya pun tunjuk pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pula boleh dilihat,
Pemakainya akan terus dilaknat,
Oleh Allah , Rasul, dan Malaikat.

Apa yang pelik pabila dipandang,
Berbaju 'adik' tetapi bertudung,
Nampak seperti orang kudung,
Mata terpandang kaki tersadung.

Lagilah aneh pabila difikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah paha terukir!!

Pabila ditanya kenapa begitu,
Katanya fesyen dah macam tu,
Hati di dalam niat tertentu,
Menggoda lelaki sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan tunjuk eksyen,
Sesuai diri mengikut profesyen,
Kalau diazab tak guna sesen.

Berhias pun biarlah padan,
Jangan terlebih pabila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia menghasilkan bunyi,
Akan menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menhentakkan kaki,
Terus menangkap tumpuan lelaki,
Melenggokkan buntut mengoda hati,
Ustaz lihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditinjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisul,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Sekian terima kasih...

Assalmualaikum....


Khamis, 1 April 2010

Dajjal sukar dikenali


Sesungguhnya Dajjal itu memang susah untuk dikenali. Manusia hanya boleh mengenali Dajjal apabila seseorang itu meneliti dan mengkaji secara menyeluruh fakta-fakta dalam al-Quran, hadith, sirah dan lain-lain.

Kami memperoleh penegasan tentang penyataan bahawa Dajjal itu sukar dikenali adalah berdasarkan kajian dalam hadith di bawah:

Sabda Rasulullah SAW;

“Barangsiapa yang mendengar nama Dajjal hendaklah ia berpaling darinya kerana demi Allah, sesungguhnya apabila ia menemuinya dan dia menganggap bahawa dirinya adalah seorang mukmin maka ia akan mengikutinya (Dajjal tersebut) dengan segala syubhat (kebatilan) yang dia bawa.”

Hadis sahih riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Hakim dari Imran bin Hussain dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam kitabnya Al-Misykat, hadith no:5488.

Hadith di atas tidak menggunakan langsung kalimah tersirat untuk menunjukkan bahawa Dajjal itu sukar dikenali. Cukup bagi kita mengambil kalimah berikut sebagai menegaskan teori kita.

Perhatikan kalimah “dia menganggap bahawa dirinya adalah seorang mukmin…”

Maksud bagi potongan kalimah ini ialah seorang muslim tersalah sangka tentang seorang yang ia jumpa dan menyangka orang yang dijumpainya itu adalah seoang mukmin sepertinya lalu muslim itu menurut orang tersebut (Dajjal).

Jelaslah akan potongan hadith itu bahawa Dajjal itu sukar dikenali sehinggakan orang Islam sendiri boleh menganggap bahawa Dajjal itu seorang mukmin.

Apabila Rasulullah mengatakan demikian, apakah Dajjal itu nanti akan berperwatakan seperti seorang muslim?

Kemungkinan Dajjal Akan Menyamar Sebagai Muslim

Ia adalah suatu kemungkinan besar dan bagi kami ia bukan suatu kemungkinan tetapi suatu perkara yang pasti. Setiap apa yang dinyatakan oleh Rasulullah pasti akan berlaku kerana ia adalah ilham maklumat yang cetuskan oleh Allah SWT.

Maka bolehlah kita meyakini bahawa Dajjal suatu hari nanti akan menyamar seperti seorang mukmin sejati. Jika ia bukan menjadi mukmin sejati masakan mana mungkin Nabi berpesan bahawa ada orang Islam yang akan mengikutinya.

Manakala orang Islam yang mengikuti Dajjal itu sudah pastilah orang Islam yang tidak mengkaji (atau mahu mengkaji) langsung tentang hadith-hadith Rasulullah. Mereka hanya menjadi pembaca hadith bukannya menghayati serta meneroka maksud hadith.

Kepentingan Ilmu Hadith dalam mengkaji hal ehwal Dajjal

Semua umat Islam WAJIB mempelajari ilmu hadith sebagaimana wajib mempelajari Bahasa Arab. Ia bukanlah ilmu pilihan seperti yang dibentuk oleh sistem pendidikan sekular kita. Yakni jika bukan dari sekolah agama tidak perlu belajar.

Ilmu hadith adalah pelengkap kepada ilmu al-Quran, dalam erti kata lain, hadith adalah penjelasan tentang fakta-fakta dalam al-Quran. Jika kita hanya mempelajari al-Quran maka mana mungkin kita mengenali ulama-ulama hadith, perawi hadith dan cara ia disanadkan.

Ringkasnya, jika tiada ilmu hadith maka sukar bagi kita untuk menepis dakyah-dakyah Dajjal yang dibawa melalui mazhab Wahabi.

Dan selain itu, tanpa hadith kita tidak akan mengetahui bahawa menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi adalah digalakkan untuk menghindari dari fitnah Dajjal.

Syeikh Sayid Sabiq dalam kitabnya Anasirul Quwwah Fil Islam, menegaskan bahawa ilmu hadith adalah salah satu cabang ilmu syariah yang wajib dituntut sebagai unsur-unsur kekuatan dalam Islam


Dipetik dari bereh.org